Rabu, 29 April 2009

post kali khas ntuk my sis

NADZIRAH BINTI MOHD NAWI

klau org melayu die cakap:::> SELAMAT HARI LAHIR
klau org putih die cakap::::::::::::>HAPPY BIRTHDAY
klau org arab die cakap:::::::::::::::::::::>SANAH HILWA

p/s:::>nie kire cm adiah la nie yer...hahahaha
:::>gudlck 4 ur SPM taun nie....

Ahad, 26 April 2009

99 truths(mybe) {*_0}


untuk kwn2 ku yg rajin bebenor men"tag"...jasamu mmg ku kenang!!!!!

knapa aku suke desktop ni?
  1. sbb die warna 2..
  2. sbb die wallpaper 2..
  3. sbb ssuai ngan laptop nie
  4. sbb ak suke
  5. sbb hati kata suke...
  6. sbb SUKE ATI AK lar..=)

ni yang paling aku malas(ayat kader)>>ak lg mls.. nak isi benda2 ni. kali ni je kot aku wat menda2 ni..haha..

001. Name ? Muhammad Nazmi bin Mohd Nawi
002. Nickname(s)? Nazmi, Muhammad, Jemi, Tengku
004. Zodiac sign ? saggitarius
005. Male or female ? male
006. Elementary ? Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1)
007. Middle School ? Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah n MRSM Kuala Lipis
008. High School ? MRSM Kuala Lipis
009. College School ? Kolej Shahputra, Alexandria University, Egypt
010. Hair color ? hitam legam
011. Long or short ? kdang2 panjng,kdng2 pendek
012. Loud or Quiet ? tgk tmpt lar..
013. Sweats or Jeans ? jeans
014. Phone or Camera ? phone sbb dh ade cmera kt c2
015. Health freak ? ye kot(xcnfrm)
016. Drink or Smoke? plain water bile haus
017. Do you have a crush on someone?? normal kot..
018. Eat or Drink ? bile diperlukan..
019. Piercings ? xkan kot
020. Tattoo ? gune pen 2 kire x??

FIRSTS:

023. First piercing ? noooo...
024. First best friend ? my lovely mom
025. First award ? lucky draw kot..
026. First crush ? hahahahahaha....
027. First pet ? pEtkU kt fB
028. First big vacation ? family day
030. First big birthday ? long time ago...

CURRENTLY:
049. Eating ? batotis
050. Drinking ? air kosong
052. I'm about to ? sleep
053. Listening to ? nasyed..(*perghhh)
054. Plans for today ? dh nk abis ari dh pon
055. Waiting for ? rumah kt Lot 1294,Kampung Manan,Tendong,17030 Pasir MAs,Kelantan,Malaysia

YOUR FUTURE:
058. Want kids? klau ade rzeki
059. Want to get married? bile dh ade jodoh yg btol2...
060. Careers in mind ? doktor pakar(pakar ape xtau lg)


WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes ? both
070. Shorter or taller? ? intrmdte..
072. Romantic or spontaneous ? both
073. Nice stomach or nice arms ? good looking
074. Sensitive or loud ? tgk tmpt..pndai la die
075. Hook-up or relationship ? er,,,...
076. Trouble maker or hesitant ? xnk dua2...

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts ? normal
081. Ran away from home ? ran to home...
082. Held a gun/knife for self defense ? hp, bleh call polis
083. Killed somebody ? not yet
084. Broken someone's heart ? ntah lar, xtau psl ati org..
085. Been arrested ? never...
087. Cried when someone died ? klau mse tgk movie kire x??

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself ? sape lg nk caye??
091. Love at first sight ? wow,yes2!!
092. Heaven ? of cos
093. Santa Claus ? si perut besar yg bwk byk adiah kt blkng
094. Tooth Fairy? gapo dio nih??
095. Kiss on the first date ? klau coklat kiss 2 bleh la kot..

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → one je ker?? rmai2 la ek, fmily n frens
098. Are you seriously happy with where you are in life → happy kot..
099. Do you believe in God → Allah almighty~

*klau xtag org bleh x?? hahahahaha......OH AIN!!! =)ak tag ko ain

Sabtu, 25 April 2009

ExAm,,,,

"Apakah manusia mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah Maha mengetahui orang-orang yang dusta"(surah Al-Ankabut : 2-3)



Mengimbas kembali kata yang diucap,
mengingat kembali janji yang dikata,
mengimbau kembali masa yang berlalu,
merenung kembali hati yang terguris,
menyingkap kembali amanah yang dipikul,
izinkan ku memohon maaf atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai,
hati yang berprasangka dan sikap yang pernah menyakiti.
Moga tenang menempuh imtihan dan moga2 kejayaan milik bersama...

*post kali nie khas untuk stdnt2 medic yang tak abis2 ngan exam...n to all my friends



Jumaat, 24 April 2009

LuPakah pEmuDa??,,??


Adakah kau lupa
(Have you forgotten?)
Kita pernah berjaya
(That we were once triumphant)
Adakah kau lupa
(Have you forgotten?)
Kita pernah berkuasa
(That we were once powerful)

Memayungi dua pertiga dunia
(Guarding two thirds of the world)
Menrentas benua melayar samudera
(Across continents, across oceans)
Keimanan juga ketaqwaan
(Faith and also bewaring)
Rahsia mereka capai kejayaan
(Their secrets to reach victory)

Bangunlah wahai anak bangsa
(Wake up my people)
Kita bina kekuatan jiwa
(We build up our soul's strength)
Tempuh rintangan perjuangan
(Facing the challenges of this struggle)

Gemilang generasi yang silam
(The glorious past generations)
Membawa arus perubahan
(Brought the waves of change)
Keikhlasan hati dan nurani
(With sincere heart and soul)
Ketulusan jiwa mereka berjuang
(With true spirit they stood up)

Sejarah telah mengajar kita
(History has thought us)
Budaya Islam di serata dunia
(Islam's way of life through out the world)
Membina tamadun berjaya
(Built thriving civilizations)
Merubah mengangkat maruah
(Changed and uplifted dignities)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Janggal rasanya untuk menulis post kali ini..
mungkin tajuknya agak berat untuk kita ketengahkan..
walaupon sering kali kita dngr tentangnya..
namun tak salah rasanya untuk saya terus menjadikan isu ini sebagai bahan untuk kita mula sedar akan apa sebanarnya fungsi kita sebagai remaja...

"jika kita ingin nilai sesebuah negara itu,lihatlah pemuda-pemudanya"



"pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]



pUas????!!!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".(surah Al Baqarah:216)

mungkin aku xbrape pndai dlm membuat penilaian tntg sesuatu,namun aper yg ingin diluahkan kali ini rasenyer mmg biase didengar dan rasenyer rmai yg tidak cakna akan betapa pentingnya hal ini untuk dipraktikkn dlm hidup seharian.....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MANUSIA TAK PERNAH PUAS!!!!!!!!!

memang stuju..tak pyh la nak bagi bnyk alasan.....
manusia mmg ssh untuk puas dngn aper yg diri sndiri ader..
slalu inginkn sesuatu yang lebih...
perkataan alhamdulillah itu memang senag untuk diucapkan..
namun pengertian sebenar bagi ucapan itu, jauh ditinggalkan..
dilupakan, seolah-olah, perkataan itu sekadar menjadi pemanis ayat...
naseb baik manisnya tidak menjadi penyebab kepada diabetis mellitus..
kalau tak, sudah ramai rasenya yang hilang tangan,hilang kaki..
entah-entah, boleh terus hilang nyawa...

ingatlah wahai manusia, kita hanya merancang..
Allah adalah penentunya...
jika bulat katanya,maka bulatlah...
tidak lari sedikit pon dari ape yang dirancangnya..

p/s:bukan ingin berkhhutbah,tapi mahu betul diri jua..
sama-sama la kita renungkan..
mana yang silap kita betulkan....
mana yang kurang kita tambah...
mana yang buruk kita elokkan...
untuk yang lebih baik...

Jumaat, 17 April 2009

rEnuNgkaNlah..



Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter
pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai
dalam
senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.


"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi. "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri
kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.


"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana. tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang?'' Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah
tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan. ''

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit,itu pun
lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.


"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis.
Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja. ''

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri.

Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. ''
Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak.
Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.

" Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu
hala.

''Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang
dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya.

Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?" tanya Balkis.


"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz.''

Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.


Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar
panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.

Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.

Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka
bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.

Abah mahu kau sambung belajar lagi.
Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.''
Kerja kilang pun bukannya haram.
bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang.

Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh
dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan.
Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje.
Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah.
Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah. ''


Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.
Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada
abahnya. "Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah.

Kalau kau nak pergi, pergi.. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah.
Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang
Intan nak buat.Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.

Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.

Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya.., mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.

Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis
bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi.
Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan. ''

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling
tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?, Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. elesalah buat kami sebab budak-
budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah
tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada
rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah.

Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.''
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit
boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman.''


"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz.

Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.

Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei
terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan
menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit.

Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!.

Tak payah saya tunggu lama-lama.
Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.

Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat
sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan
tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye. ''

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni.

Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.

"sambil mencium tangan Mak Pah yang
menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati,
membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya
sedang menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.''

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak
bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje
yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.

Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor
kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan
cermin mata yang digunakan untuk membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa.

Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."
"Habis tu?"
"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.

Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan.
dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah.
Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di
tangannya bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.

Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah.
Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis.
Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan.
Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan
hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu
abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama
ini dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.

Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau
Intan..."ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,"
MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang
datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.

Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak.

Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.
"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan
nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan
dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .

Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.

Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

....................................................

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.
Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya.

Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak
sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya.

Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci.
Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia
akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita. ''
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau
mencari wajah Intan.
"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei.
"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.
"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.

" Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.
Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei.

Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya
turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati. cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.

Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah.

Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah.

Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan.

Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.

Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan
ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit.

Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun
memberitahu di mana Intan.

Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan.

Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara
yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.

Mak Pah terus pengsan.

Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.

Intan pergipun dalam keadaan tenang.

Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,"
pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita.

Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.

Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.

Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak
Pah tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.

Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah
sebelum mak dan abah balik.

Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam
Khamis tu lepas solat Isya.. dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.
Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh
hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,"
cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana .

Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
Tamat....
Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini.

Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....

Isnin, 6 April 2009

zaMan MudE-mUdi



Budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

Kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

Kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

Pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

Main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

Cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

Bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

Time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

Main game 2D.
super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

Balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles, dragon ball,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~
(bahase rojak dan singkatan digunakan)xxxx~dari buletin kat friendster

IngAt lA diRi sEnDiRi



Teman,
Mungkin sekali kita leka...
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'OPPSS', mendahului 'YA ALLAH'..
Bila perut kenyang, ucapan 'HAAAA,,KENYANGNYA' mendahului 'ALHAMDULILLAH'..
Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'WAH CANTIKNYA'..
Bila dikunjungi malang..
Ucapan 'KASIHANNYA' terucap kerana kita lupa kepada kalimah
'INNALILLAH HIWA INNALILLAH HIRAJIUN'..
Kadang kala kiya lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar bila Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah 'LAILAHAILALLAH" menjadi juara..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

bukan hendak tunjuk baik atau nak mengata orang yang buat silap tu..
tapi sekadar untuk peringatan kita semua..
benda macam ni, mungkin sudah sebati dengan hidup kita..
tapi janganlah agama tertinggal di belakang..
akibat nak ikut trand, kita mula lupa dengan apa yang patut kita lakuakan bila berhadapan dengan situasi seperti tadi..
ramai orang ambil benda ini sebangai benda yang remeh..
namun, sekecil mana pon kebaikan yang kita lakukan, tetap mulia..
mungkin dengan kata-kata yang baik dapat menyedarkan orang lain yang mendengarnya...
dapat menyedarkan orang lain tentang pentingnya perbualan harian...
semoga benda yang diluahkan ini dapat di ambil ikhtibar...